AFC Asian Cup: “Saya Merasakan Ini Tahun Terakhir Saya” – Shahrul Saad
Harimau Malaya
astro arena
Advertisements

Fokus pasukan dan disiplin di antara para pemain akan menjadi faktor utama yang dapat meringankan tekanan Harimau Malaya berdepan Bahrain menjelang aksi kedua peringkat Kumpulan E, Piala Asia 2023 Sabtu ini.

Tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad mengakui pasukan Bahrain beraksi lebih cemerlang daripada pasukan Jordan. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat pasukan, beliau pastu Malaysia akan melakukan sesuatu untuk bersaing dengan Bahrain nanti.

Dalam pada itu, beliau dan pasukan tidak akan mensia-siakan kejohanan ini kerana pasukan telah berusaha lama untuk sampai ke tahap ini.

Advertisements

Tersentak dengan kekalahan 0-4 di tangan Jordan pada aksi pertama kelmarin, fokus untuk memburu tiga mata adalah misi penting buat Malaysia.

“Ya, sudah tentu kemenangan lebih utama bagi saya sendiri. Kita tahu kita telah berusaha lama untuk sampai ke tahap ini Dan apabila berada di sini, kita tak mahu sia-siakannya. Dan sudah tentu bila diberi peluang untuk bermain, saya akan bagi yang terbaik. Sama juga bagi rakan-rakan yang lain. Kami akan berjuang demi negara Malaysia,” katanya.

“Kita sudah tahu dengan melihat perlawanan pertama dia (Bahrain) hari itu, saya rasa mereka jauh lebih baik daripada pasukan Jordan. Cuma di atas kertas kita boleh kata mereka kuat. Tapi bila kita bermain, kita mungkin boleh melakukan sesuatu yang sebaliknya,” ujarnya.

Advertisements

Shahrul juga ada membuat satu kenyataan di dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam yang mana beliau merasakan ini adalah tahun terakhir beraksi di pentas Piala Asia 2023 kerana umur yang makin meningkat.

Selepas ini, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E yang akan berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad pada hari Sabtu, 20 Jan, jam 10.30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram