AFC Asian Cup: Tajikistan Cipta Sejarah Mara Ke Suku Akhir Tewaskan UAE
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Tajikistan cipta sejarah selepas berjaya menundukkan UAE dalam aksi pusingan 16 terbaik saingan Piala Asia 2023.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali menyaksikan Tajikistan di bawah kendalian Petr Segrt menewaskan UAE di penentuan sepakan penalti.

Pada aksi separuh masa pertama, Tajikistan terlebih dahulu mendahului dengan jaringan, selepas Vahdat Hanonov mencatat nama sebagai penjaring. Tandukan Vahdat yang berjaya menewaskan penjaga gol UAE memastikan keputusan 1-0 untuk aksi di separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, UAE terus menerus mengasak untuk mencari jaringan penyamaan. Namun jaringan itu akhirnya tiba di waktu kecederaan iaitu pada minit ke-95 permainan. Khalifa al-Hammadi cantik menanduk masuk bola ke gawang Tajikistan menewaskan Yatimov Rustam sekaligus membawa aksi ke babak waktu tambahan.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan di masa tambahan, aksi terus menuju ke penentuan sepakan penalti.

Tajikistan mengesahkan tempat di pusingan suku akhir. selepas sepakan penalti memberi tuah buat Tajikistan, menewakan UAE dengan keputusan 5-3.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram