Advertisements
AFC Asian Cup: Thailand, Arab Saudi Sama Handal
Asia
MakanBola
KSA

Thailand dan Arab Saudi berkongsi mata dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Babak separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua pasukan. Biarpun Arab Saudi dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit kesepuluh permainan, sepakan Abdullah Radif digagalkan penjaga gol Thailand, Saranon Anuin.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Saudi dilihat lebih banyak mengatur serangan ke kubu Thailand. Anak buah Matasada Ishi bagaimanapun berjaya menyekat setiap gerakan yang diatur pasukan lawan.

Arab Saudi dibawah kendalian Roberto Mancini terpaksa akur dengan disiplin yang ditampilkan pertahanan Thailand hingga wisel penamat dibunyikan. Tiada sebarang jaringan berjaya dicipta kedua pasukan.

Aksi tamat, Arab Saudi 0-0 Thailand.

Dalam saingan Kumpulan F ketika ini, Arab Saudi memegang status sebagai juara kumpulan dengan tujuh mata diraih selepas tiga perlawanan. Thailand pula dikedudukan kedua dengan lima mata, Oman ditangga ketiga dan Kyrgyzstan dikedudukan terakhir.

Arab Saudi dan Thailand mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Asia 2023.