Thailand menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Theerathon Bunmathan menjelang perlawanan terakhir bagi saingan peringkat kumpulan F Piala Asia 2024.
Pemain pertahanan itu akan terlepas aksi penting menentang Arab Saudi selepas beliau mendapatkan kad kuning kedua dalam dua perlawanan menentang Krygyzstan dan Oman.
Semalam, Thailand sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila berjaya mengikat pasukan ke-74 dunia iaitu Oman.
Perlawanan menentang Oman semalam merupakan caps yang ke-100 buat Theerathon Bunmathan bersama Thailand.
Ketika ini, Thailand mengumpul 4 mata penuh sekaligus menghuni tangga ke-2 kumpulan F dan berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya jika berjaya menang atau seri.
Skuad Gajah Perang bakal menghadapi Arab Saudi bagi perlawanan terakhir pada hari Khamis ini, 24 Januari, jam 11 malam waktu Malaysia.