ACL: Bangkok United Bangkit Tewaskan Kitchee
MakanBola
Kitchee

Gergasi Thailand, Bangkok United meneruskan rentak kemenangan apabila bangkit menewaskan Kitchee SC dengan jaringan 2-1

Bangkok United mempertaruhkan penyerang sensasi mereka, Willen Mota selaku penyerang utama manakala Kitchee pula menagih kudrat Jakob Jantscher dalam perlawanan ini.

Kitchee bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ke-7 permainan menerusi penyerang Jakob Jantscher.

Separuh masa pertama seakan-akan menjadi milik pasukan Kitchee yang selesa mendahului namun Bangkok bangkit menyamakan kedudukan pada minit akhir.

Pemain sayap, Poomchantuek berjaya mencetak nama selaku penjaring gol pada minit ke-49.

Bangkok pantas menggandakan asakan dan penyerang berbisa, Willen mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-52.

Bangkok United berjaya menguasai perlawanan walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang menyerang yang seimbang.

Kelab dari Thailand itu sekali lagi diuji setelah pemain tengah, B. Jradi dilayangkan kad merah pada minit ke-84.

Kedudukan 1-2 itu berjaya dikekalkan sehingga tamat wisel perlawanan sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat Bangkok United.

Bangkok United kini meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan ACL kumpulan F manakala Kitchee merekodkan 3 kekalahan berturut-turut.