AFC Cup: Odisha Cemerlang Belasah Mohun Bagan
MakanBola
Odisha FC
Sponsors

Kelab India, Odisha bangkit dari ketinggalan sebelum membelasah kelab senegara, Mohun Bagan 5-2 dalam aksi terbaru Kumpulan D Piala AFC hari ini.

Kedua-dua pasukan tahu mereka amat memerlukan kemenangan jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

Ad

Begitupun, Mohun Bagan tempang tanpa beberapa tonggak termasuk bekas penyerang Kelantan FC, Dimitri Petratos yang masih belum cergas.

Ad

Walaupun beraksi tanpa beberapa tonggak utama, anak-anak buah Juan Ferrando terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Hugo Boumous pada minit ke-17.

Tersentak, pelawat kembali memperkemaskan rentak dan berjaya meraih dua gol dalam tempoh dua minit.

Ad

Roy Krishnan menyumbat gol penyamaan untuk The Juggernauts pada minit ke-30. Pelawat kemudiannya mendahului menerusi penyerang Brazil, Diego Mauricio pada minit ke-32.

Ad

Pemain tengah berdarah Inggeris-Jepun, Cy Goddard memastikan Odisha selesa mendahului 3-1 pada minit ke-41. Keputusan 3-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Ferrando membuat beberapa pertukaran bagi membantu tuan rumah merapatkan jurang dengan The Juggernauts.

Hasilnya, pemain gantian Kiyan Nassiri menyumbat gol kedua The Mariners pada minit ke-63.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada tuan rumah memburu gol penyamaan. Ini memaksa barisan pertahanan The Juggernauts diketuai Carlos Delgado bekerja keras menyerap asakan Mohun Bagan.

Aniket Jadhav dan Isak Vanlaruatfela masing-masing melengkapkan kemenangan Odisha dengan gol keempat dan kelima pada minit ke-92 dan 95.

Ini sekaligus membolehkan mereka menduduki tempat kedua Kumpulan D dengan sembilan mata, dua mata di hadapan The Mariners.

Krishna dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 9.0 mata. Sementara Boumous diiktiraf pemain terbaik Mohun Bagan dengan 8.2 mata.