AFC Cup Play-Off: Wakil Indonesia, PSM Makassar Belasah Yangon United
MakanBola
PSM Makassar
Sponsors

Perlawanan pusingan kelayakan (play-off) antara juara Liga 1 Indonesia 2022, PSM Makassar menentang Yangon United berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada gergasi Indonesia.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dalam aksi kali ini dengan PSM menurunkan barisan bintang seperti Yuran Fernandes, Yance Sayuri, Yakob Sayuri, dan Everton.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by PSM Makassar (@psm_makassar)

Ad

Perlawanan berlangsung baik dengan pasukan bimbingan Bernardo Tavares mendahului pada minit ke-6 menerusi percubaan Adilson Silva.

Penyerang sensasi pasukan, Everton menambah jaringan kedua pada minit ke-36 dengan menghukum kealpaan jentera pertahanan kelab Myanmar itu.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by PSM Makassar (@psm_makassar)

Ad

Bersambung babak kedua, PSM Makassar tidak memberikan sebarang peluang buat lawan apabila meledak gol ketiga menerusi Yassa Sayuri dari jarak dekat.

Adilson sekali lagi membuktikan kualitinya untuk meletakkan pasukan selesa dengan 4-0 pada minit ke-64.

Yangon jelas bergelut untuk menandingi pasukan yang sudah pun memasuki Piala AFC musim lalu.

Tambahan masa 4 minit tidak mampu mengubah keputusan perlawanan sekaligus memberikan kemenangan kepada tuan rumah.

Keputusan itu kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus mengesahkan tempat PSM Makassar dalam pot 4 undian Piala AFC musim ini.

Mereka juga bakal diiringi oleh satu lagi wakil Indonesia, Bali United yang tewas dalam aksi Kelayakan ACL berdepan Lee Man tempoh hari.