Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuat keputusan untuk menghukum kelab Indonesia, Bali United menjelang sepak mula berdepan Terengganu FC.
Aksi kedua Kumpulan G itu menyaksikan kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik selepas mencatat kemenangan pada aksi pertama kumpulan tempoh hari.
Khabar buruk melanda kem Bali United selepas mereka dijatuhkan hukuman oleh AFC menjelang sepak mula berdepan wakil Malaysia di laman sendiri.
Mereka kini bakal beraksi tanpa kehadiran 75 peratus penyokong di laman sendiri.
“AFC menyatakan Bali United terbukti secara sah melanggar peraturan 64.1 dan 65.1 tentang disiplin dan kod etika AFC.”
“Pelanggaran tersebut terjadi ketika aksi terakhir Kumpulam G AFC Cup 2022 antara Bali United dengan Kaya FC Iloilo di Stadion Kapten I Wayan Dipta, Gianyar (30/6/2022).
Bali United bagaimanapun sudah melunaskna denda yang ditetapkan oleh AFC.
“Denda oleh AFC kepada Bali United sebesar USD 30.000 Euro (460 Juta Rupiah) dan sudah dibayarkan oleh pengurusan kepada AFC,” ujar kenyataan Bali United.
Hukuman ini selepas para penyokong menyalakan flare, bom asap dan mercun dalam kawasan stadium musim lalu.
Pada aksi terakhir berdepan Persikabo 1973, Bali United hanya mampu merekodkan 3000 orang penyokong sekaligus mencetuskan kerisauan kepada pasukan.
Oleh itu, stadium akan dikosongkan sehingga 75 peratus sekaligus memberi kelebihan buat Terengganu beraksi tanpa lautan penyokong tuan rumah.
Terengganu akan berdepan Bali United pada 4 Oktober 2023 di Stadium Kapten Wayan Dipta sebelum Sabah bakal beraksi di venue yang sama.