AFC Hukum Thailand & Indonesia
Asia Tenggara
@ta_lao19
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman disiplin ke atas Thailand dan Indonesia susulan pergaduhan kedua-dua pasukan pada aksi final Sukan SEA 2023 pada Mei lepas.

Keputusan yang dibuat hari ini menyaksikan 15 orang pemain, staf kejurulatihan dan pegawai kedua-dua pasukan dikenakan penggantungan dan denda.

Empat pemain Thailand iaitu Soponwit Rakyart, Chayapipat Supunpasuch, Purachet Thodsanit dan Teerapak Pruengna perlu menjalani penggantungan enam perlawanan. Soponwit juga perlu melunaskan denda sebanyak AS$1,000 (RM4,613).

Advertisements

Nasib sama turut menimpa tiga pemain Tim Garuda iaitu Titan Agung, Komang Teguh dan Muhammad Taufany. Seperti Soponwit, Titan dan Komang juga didenda AS$1,000 (RM4,613).

Staf dan pegawai pasukan Gajah Perang iaitu Prasobchoke Chokemor, Pattarawut Wongsriphuek, Mayeid Mad-Adam, Bamrung Boonprom, Thirapak Prueangna, Purachet Todsanit dan Chayapipat Supunpasuch digantung enam perlawanan.

Prasobchoke, Pattarawut dan Mayeid juga masing-masing dikenakan denda AS$1,000 (RM4,613).

Advertisements

Jurulatih penjaga gol Indonesia, Sahari Gultom dan pegawai pasukan, Tegar Diokta Andias turut dikenakan penggantungan enam perlawanan dan denda AS$1,000 (RM4,613).

Selain pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan Gajah Perang, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut didenda AS$10,000 (RM46,130).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram