AFC Rangka Liga Elit Asia Bermula 2024

JDT Urawa AFC Rangka Liga Elit Asia Bermula 2024
AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini dalam kira-kira untuk merangka sebuah pertandingan baharu yang akan menampilkan kelab-kelab terhebat di benua Asia.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Asean Football di laman Facebook rasmi mereka.

AFC dikhabarkan telah menubuhkan Pasukan Petugas Pertandingan Kelab Elit untuk menyelidik kejohanan baharu bagi menggantikan Liga Juara-Juara AFC dan pertandingan itu akan dinamakan sebagai Liga Elit AFC mulai 2024.

Pertandingan Kelab Elit merangkumi 8 negara yang terdiri daripada China, Jepun, Korea, Australia, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan UAE. Dijangkakan 20 hingga 24 kelab akan terpilih untuk menyertai pertandingan ini.

Disamping itu, berkemungkinan besar pertandingan akan dijalankan secara liga dan bukannya format kumpulan seperti sekarang. Format aksi liga itu akan menyerupai format sama yang digunakan untuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk musim 2024/2025.

Lapan pasukan teratas liga akan mara ke pusingan kalah mati. Pihak AFC dijangka akan mengumukan dengan lebih lanjut mengenai pertandingan ini dalam masa terdekat.