AFC Selar Tindakan Tentera Israel
Asia
MakanBola
Palestin FA / LampuTerbang
Advertisements

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk tentera Israel yang melakukan serangan terhadap pemain dan penonton dalam perlawanan akhir Piala Palestin pada kelmarin.

Perlawanan akhir Piala Abu Ammar itu telah melibatkan pertembungan antara pasukan Jabal Al Mukkabber dan Balata FC. Perlawanan terpaksa dihentikan sebaik sahaja serangan dilakukan oleh tentera Israel.

Advertisements

Pada hari kejadian, tentera Israel telah memecah masuk Stadium Antrabangsa Faisal Al Husseini dan melepaskan gas pemedih mata. Serangan tersebut telah mengakibatkan ramai pemain dan penonton yang hadir ke stadium cedera.

Peluru bersarung getah turut digunakan oleh tentera Israel semasa serangan berlaku. Ia telah mengakibatkan beberapa pemain dan peminat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, mengalami sesak nafas setelah terhidu gas pemedih mata. Mereka terpaksa dirawat di hospital.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menyeru agar tindakan keganasan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan segera. AFC teguh berdiri dan bersolidariti penuh kepada Persatuan Bola Sepak Palestin dan komuniti bola sepak Palestin.

News Comments Account