Advertisements
AFC Senaraikan Aksi Malaysia-Korea Selatan Sebagai Salah Satu Perlawanan Terhebat
Asia
MakanBola
FA Malaysia

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menyenaraikan aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Korea Selatan sebagai salah satu perlawanan terhebat peringkat kumpulan.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh AFC melalui portal rasmi badan bola sepak tertinggi di Asia itu beberapa hari yang lalu.

Namun begitu, perlawanan Malaysia-Korea Selatan itu memerlukan undian para penonton untuk menilai kerana terdapat beberapa lima lagi aksi yang turut tercalon sebagai aksi terhebat peringkat kumpulan.

Lima lagi aksi yang dimaksudkan adalah perlawanan di antara Jepun dan Vietnam, perlawanan Arab Saudi dan Oman, Perlawanan Iraq dan Jepun, perlawanan Vietnam dan Indonesia, dan juga perlawanan Tajikistan-Lubnan.

AFC menganggap aksi Malaysia dan Korea Selatan sebagai satu rollercoaster yang mana kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan selain membayangkan para penyokong pasti tidak akan pernah melupakan aksi menarik itu.

“Kekalahan lewat 1-0 kepada Bahrain pada Perlawanan Kedua telah menyingkirkan Malaysia dengan berbaki satu perlawanan tetapi negara Asia Tenggara itu hadir ke dalam perlawanan dengan Korea Selatan untuk meninggalkan saingan dengan cemerlang.

“Apa yang diikuti ialah rollercoaster permainan yang mana penyokong mereka pasti akan bercakap tentang itu untuk tahun-tahun akan datang,” coret AFC di laman sesawang rasmi.

Aksi Malaysia-Korea Selatan kini mendahului undian sebagai perlawanan terhebat peringkat kumpulan dengan kini menghimpun 76 peratus undian.

Dengan tersingkirnya Malaysia dari Piala Asia, fokus kini beralih ke aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman yang dijadualkan pada 21 Mac depan.