AFC Tangguh Cabutan Undi Piala Asia 2027
MakanBola
AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan untuk menangguhkan cabutan undi Piala Asia 2027.

Mengikut pengumuman sebelumnya, cabutan undi kejohanan berprestij itu sepatutnya diadakan pada 11 April ini di Riyadh, Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, AFC mengambil keputusan untuk menangguhkan cabutan undi demi memastikan kehadiran semua pemegang taruh untuk kejohanan itu tidak tergugat.

Situasi ini dilihat ada kaitan dengan perang yang tercetus antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran sejak 28 Februari lalu.

Perang itu bukan saja mencetuskan ketegangan baharu di rantau Asia Barat. Malah, ini mengakibatkan banyak aktiviti sukan di rantau itu ditangguhkan termasuk aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) Wilayah Barat.

Malah, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John memaklumkan pusingan akhir ACLE masih belum dimuktamadkan meskipun tarikh pusingan akhir telah ditetapkan menerusi undian rasmi pada Rabu.

Atas sebab itu, AFC berharap situasi tegang di Asia Barat berakhir bagi membolehkan badan induk itu memenuhi komitmen termasuk pusingan akhir ACLE dan cabutan undi Piala Asia.