AFC U-23 Asian Cup: 2 Kad Merah & Penalti Hiasi Kemenangan Vietnam Ke Atas Kuwait
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Pertembungan Vietnam dan Kuwait dalam aksi peringkat kumpulan D AFC U-23 Asian Cup menyaksikan kemenangan memihak jaguh Asia Tenggara tersebut dalam perlawanan penuh drama.

Naib juara edisi 2018, Vietnam yang dibimbing oleh ketua jurulatih, Hoang Anh Tuan mempertaruhkan barisan terbaik bagi merealisasikan misi meraih mata maksimum pada aksi pembukaan mereka ini.

Kedua-dua pasukan mula melancarkan serangan sebaik wisel permulaan dibunyikan dan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan namun gagal disempurnakan.

Advertisements

Setelah setengah jam beraksi, Kuwait terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Ibraheem Kameel dilayangkan kad merah setelah dikesan memijak peha pemain Vietnam, Van Khang Khuat.

Kelebihan beraksi dengan 11 pemain digunakan sebaiknya Vietnam untuk menjaringkan gol pertama menerusi Nguyen Van Tung yang bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyudahkan hantaran lolos rakan sepasukan pada masa kecederaan.

Kuwait tidak menunggu lama untuk membalas jaringan tersebut apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti seminit kemudian setelah Abdulrahman Karam ditarik oleh Nguyen Ngoc Thang yang diperintah keluar padang selepas itu.

Advertisements

Salman Mohammed tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk mengikat kedudukan buat Kuwait sekaligus mengakhiri aksi di babak pertama dengan keputusan 1-1.

Kembali dari rehat, penyerang gantian, Vi Hao Bui menghukum kesilapan mudah penjaga gawang Kuwait, Abd Al Rahman Kameel yang gagal mengawal bola dengan baik sekaligus meletakkan Vietnam kembali di depan.

Vietnam terus cemerlang dengan gol ketiga menerusi tendangan kencang Vo Hoang Minh Khoa namun, jaringan tersebut dibatalkan selepas rakan sepasukannya berada dalam keadaan ofsaid terlebih dahulu.

Advertisements

Tidak terhenti di situ, Golden Star Warrior berjaya menggandakan kelebihan sekali lagi menerusi rembatan kaki kiri Vi Hao Bui yang gagal diselamatkan penjaga gol Kuwait pada minit ke-76.

Perlawanan di Stadium Al Janoub berakhir dengan keputusan 3-1 memihak Vietnam.

Kemenangan ini meletakkan Vietnam di tangga teratas kumpulan D dengan tiga mata manakala Kuwait pula berada di tempat ketiga tanpa sebarang mata.

Advertisements

Vietnam dijadualkan berdepan Malaysia pada 20 April hadapan manakala Kuwait pula bakal berdepan ujian sukar menentang naib juara edisi lalu, Uzbekistan pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram