AFC U-23 Asian Cup: Aksi ‘Spiderman’ Ernando Ari Hiasi Kemenangan Indonesia Benam Australia
Asia
AFC
Advertisements

Nama Ernando Ari akan sentiasa diingati para penyokong Indonesia selepas kecemerlangan penjaga gol itu membantu Indonesia meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) Qatar selepas mengejutkan Australia sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha mereka mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Aksi dimulakan dengan tekanan luar biasa dipamerkan oleh Indonesia dan mendapat peluang seawal minit pertama permainan melalui Jeam Kelly Sroyer namun percubaannya membias terkena pertahanan Australia sebelum bola melambung tinggi.

Advertisements

Selepas acap kali ditekan untuk 20 minit pertama permainan, Australia mempamerkan kebangkitan dengan beberapa gerak serangan merbahaya.

Australia akhirnya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 selepas percubaan Mohamed Toure terkena tangan Komang Teguh.

Penjaga gol Indonesia, Ernando Ari menjadi wira buat Indonesia apabila berjaya menafikan sepakan penalti yang juga diambil oleh Mohamed Toure. Kedudukan kekal terikat tanpa jaringan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan meneruskan serangan bagi mencari gol pendahuluan. Ketika perlawanan hampir ditamatkan, Indonesia akhirnya berjaya di hadapan melalui jaringan Komang Teguh yang menanduk kemas hantaran dari rakan sepasukan.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Australia beraksi dengan corak menyerang luar biasa. Situasi tersebut memaksa Indonesia bertahan untuk mengelak daripada dibolosi.

Advertisements

Ernando Ari beberapa kali menyelamatkan pintu gol selepas diserang bertali arus oleh barisan pemain Australia.

Peluang keemasan buat Australia hadir pada minit ke-74 namun rembatan deras dari Mohamed Toure sedikit tersasar selepas situasi kelam kabut di dalam kotak penalti.

Serangan Australia ke kubu Indonesia berterusan namun Ernando Ari mempamerkan ketangkasan luar biasa apabila banyak kali menyelamatkan gawang Indonesia.

Advertisements

11 minit masa tambahan diberikan pengadil dan pasukan Indonesia dilihat terus bertahan untuk mengekalkan keputusan itu.

Kedudukan 1-0 itu kekal tidak berubah sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata penting buat Indonesia.

Kemenangan ini menjadikan Indonesia mengumpul tiga mata dan berada di tangga kedua kumpulan A di bawah tuan rumah, Qatar yang juga mengumpul tiga mata.

Untuk aksi seterusnya, Indonesia akan berdepan Jordan pada 21 April untuk aksi terakhir kumpulan manakala Australia pula dijadualkan bertemu Qatar pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram