AFC U-23 Asian Cup: China Dimalukan 10 Pemain Jepun
Asia
Japan FA
Advertisements

Jepun bermula langkah kanan apabila menewaskan China dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan B Piala Asia B-23 2023 di Stadium Jassim Hamad.

Skuad Samurai Biru turun dengan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Mao Hosoya selaku penyerang utama pasukan. China pula mempertaruhkan penjaga gol tinggi lampai, Huang Zihao sebagai penjaga gawang dalam aksi melawan Jepun.

Kuryu Matsuki membuka jaringan seawal minit ke-8 permainan menerusi bola hantaran Fuki Yamada.

Advertisements

Malang menimpa Jepun apabila bek tengah Ryuya Nishio dilayangkan kad merah pada minit ke-17 setelah melakukan kekasaran terhadap pemain China.

Pemain tengah China, Jia Feifan dikenakan kad kuning pada minit ke-26 perlawanan.

China berkesempatan melakukan serangan kembali setelah Jelun bermain dengan 10 pemain namun tiada gol yang dapat dijelmakan.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan Jepun mendahului China 1-0.

Bermula babak kedua, China melakukan beberapa pertukaran bagi memberikan nafas baru dengan memasukkan Du Yuezheng, Xie Wenneng, Hetao Hu dan Haofan Liu.

Kekurangan seorang pemain Jepun memberikan peluang buat China menguasai perlawanan apabila merekodkan peratusan penguasaan bola sebanyak 62%.

Advertisements

Namun China gagal membolosi gawang gol Jepun yang dikawal kemas oleh Leo Kokubo.

Perlawanan tamat dengan kemenangan tipis 1-0 Jepun terhadap China dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Asia B-23. Kemenangan ini menyaksikan Jepun meraih 3 mata pertama dalam kumpulan B.

Jepun seterusnya akan berdepan cabaran UAE pada 19 April nanti manakala China akan menentang pasukan Korea Selatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram