AFC U-23 Asian Cup: China Pastikan UAE Terus Derita Air Mata
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

China berjaya menumpaskan UAE dalam aksi terakhir kumpulan B Piala Asia B-23 walaupun kedua-dua pasukan telah gagal ke saingan suku akhir.

UAE meletakkan kepercayaan kepada Zayed Sultan dan Yusuf Atiq dibahagian pertahanan tengah pasukan dalam mengekang asakan China setelah pasukan itu bolos dalam dua aksi berturut-turut.

China juga berhati-hati dalam perlawanan terakhir ini dan membariskan Behram Abduweli selaku penyerang utama pasukan.

Advertisements

Xie Wenneng membuka jaringan buat China pada minit ke-24 untuk meletakkan China dihadapan UAE. Sebelum tamat aksi babak pertama, Liu Zhurun memberikan gol kedua buat China.

Babak pertama tamat dengan China mendahului UAE dengan jaringan 2-0. Memasuki babak kedua, UAE cuba mencari harapan untuk kembali menyaingin China.

Gol yang ditunggu-tunggu tiba pada minit ke-48 apabila Ahmed Fawzi berjaya memberikan gol pertama buat UAE.

Advertisements

UAE berjaya tampil dominan menentang China apabila merekodkan 64% penguasaan bola berbanding pasukan lawan dan turut melakukan 19 percubaan berbanding China dengan 11 percubaan namun mereka gagal menewaskan China.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada China dengan jaringan 2-1 ke atas UAE dalam aksi terakhir kumpulan B.

China menamatkan kumpulan B ditangga ketiga dengan 3 mata manakala UAE ditangga terakhir tanpa sebarang mata. Korea Selatan ditangga pertama dengan 9 mata manakala Jepun ditangga kedua dengan 6 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram