AFC U-23 Asian Cup: Gol Minit Akhir Qatar Buat Jordan Menangis
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Jaringan minit akhir dari Qatar memastikan pasukan tuan rumah itu layak ke suku akhir setelah menewaskan Jordan di Stadium Jassim Hamad.

Jordan tampil meletakkan kepercayaan kepada gandingan duo penyerang utama, Sief Darwish dan Baker Kalboukeh. Qatar pula turun dengan trio serangan terbaik mereka iaitu Khaled Ali, Mohamed Gouda dan juga Tamem Mansour.

Pemain pertahanan, Abdulla Alyazidi memberikan gol pertama buat Qatar pada minit ke-40 perlawanan. Gol tersebut kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama perlawanan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Jordan cuba meraih gol penyamaan menerusi beberapa siri serangan. Penantian Jordan tamat apabila Arif Al Haj berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat Jordan

Jordan tampil lebih dominan dalam aksi ini dengan melakukan lebih banyak percubaan serta pegangan bola berbanding Qatar namun tiada gol yang dapat dihasilkan.

Disaat perlawanan bakal tamat dengan keputusan seri, pemain gantian Al Mannai muncul hero Qatar apabila meledak gol pada minit-minit terakhir perlawanan.

Advertisements

Qatar berjaya meraih kemenangan saat akhir dan perlawanan tamat dengan jaringan 2-1.

Skuad kendalian Fahad Thani sah layak peringkat kalah mati setelah berada ditangga pertama Kumpulan A ketika ini dengan 6 mata manakala Jordan ditangga ketiga dengan 1 mata.

Qatar bakal menentang cabaran Australia manakala Jordan akan bertemu Indonesia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia B-23.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram