AFC U-23 Asian Cup: Iraq Leburkan Tentangan Sengit Arab Saudi
Asia
Iraq FA
Advertisements

Skuad Iraq Bawah 23 Tahun (B-23) mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Asia B-23 2024 apabila mengalahkan Arab Saudi 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Singa Mesopotamia memerlukan kemenangan jika ingin mengulangi pencapaian layak ke suku akhir pada edisi 2022.

Sementara The Green Falcons pula hanya memerlukan kemenangan atau seri untuk mara sebagai juara Kumpulan C.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Arab Saudi menyangka sudah meraih gol pendahuluan seawal minit kesembilan.

Walau bagaimanapun, keceriaan penyokong The Green Falcons tidak bertahan lama apabila gol tersebut dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.

Iraq kemudiannya mendapat sepakan penalti apabila pengadil Jepun, Hiroyuki Kimura mengesan tindakan penjaga gol Mohammed Al-Absi menjatuhkan Mustafa Saadoun.

Advertisements

Penalti tersebut mudah disempurnakan Ali Jasim Elaibi pada minit ke-45 untuk meletakkan Singa Mesopotamia di hadapan.

Kelebihan Iraq tidak bertahan lama apabila Saadoun kemudiannya menjatuhkan pemain Saudi dalam kotak penalti. Penalti tersebut mudah disempurnakan Ahmed Al Ghamdi bagi menjadikan kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Iraq terus menggandakan serangan ke atas kubu The Green Falcons diketuai Rayan Hamed.

Advertisements

Ini selepas mereka mendapat tahu Thailand masih lagi seri tanpa jaringan dengan Tajikistan dalam satu lagi aksi Kumpulan C.

Gol yang dicari Singa Mesopotamia akhirnya muncul pada minit ke-63 menerusi Saadoun yang menewaskan Al-Absi.

Tersentak, Arab Saudi yang dibimbing Saad Al-Shehri melancarkan serangan demi serangan ke atas kubu pertahanan Iraq.

Advertisements

Percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-78 menerusi pemain gantian, Ziyad Al-Johani. Malangnya, sepakan beliau gagal melepasi beberapa pemain pertahanan Iraq sebelum dikeluarkan daripada permainan.

The Green Falcons terus memberi tekanan kepada Iraq tetapi pasukan itu mempertahankan keputusan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Iraq turut menghela nafas lega apabila mengetahui berita pencabar mereka, Thailand tumbang 1-0 di tangan Tajikistan.

Itu sudah cukup buat Singa Mesopotamia dan Arab Saudi mara ke suku akhir Piala Asia B-23 2024 selaku juara dan naib juara Kumpulan C.

Kedua-dua pasukan kini menunggu keputusan perlawanan Kumpulan D membabitkan Vietnam dan Uzbekistan yang berlangsung esok. Ini kerana keputusan perlawanan itu bakal menentukan siapa lawan mereka di peringkat suku akhir pada 26 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram