AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan Mudah Singkirkan China
Asia
AFC
Advertisements

Korea Selatan menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala Asia Bawah 23 (B-23) Qatar selepas menewaskan China dalam aksi kumpulan B sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik terutamanya pasukan China yang masih mencari mata pertama dalam kejohanan ini.

Aksi dimulakan dengan Korea Selatan menampilkan penguasaan penuh dan sekali gus memaksa pemain China lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements

Untuk 20 minit pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol pendahuluan.

Korea Selatan akhirnya berada di hadapan pada minit ke-34 melalui penyudah Lee Young-jun selepas pemain itu berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum merembat deras menewaskan penjaga gol China, Huang Zihou.

Biarpun mendahului 1-0, Korea Selatan tidak pernah mengendurkan penguasaan untuk memberi tekanan kepada China.

Advertisements

Korea Selatan hampir menambah jaringan pada minit ke-38 melalui Eom Ji-sung namun pecubaannya sedikit sehaja tersasar ke kiri gawang.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, China melakukan gerak serangan awal bagi mencari jaringan penyamaan namun penguasaan tetap tidak menjadi milik Korea Selatan.

Advertisements

China berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-49 namun tandukan Baihelamu Abuduwaili agak lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol Korea Selatan.

Selepas serangan demi serangan dilancarkan ke kubu China, Korea Selatan akhirnya berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-69 sekali lagi menerusi Lee Young-jun yang melepaskan rembatan leret mengelirukan sekali gus menewaskan penjaga gol China. Korea Selatan di hadapan 2-0.

Ketinggalan dua jaringan, China membuat beberapa pertukaran dalam usaha merapatkan kedudukan dan menghidupkan semula perlawanan.

Advertisements

China terus tertekan dalam perlawanan ini dengan beberapa siri kekasaran juga dikesan oleh pengadil perlawanan.

Kedudukan 2-0 itu kekal tidak berubah sehingga wisel penamat ditiupkan walaupun 9 minit masa tambahan diberikan pengadil.

Kemenangan ini melayakkan Korea Selatan ke suku akhir selepas mengumpul 6 mata daripada dua kemenangan yang dicapai.

Untuk aksi terakhir, Korea Selatan bakal bertemu Jepun pada 22 April manakala China bakal melengkapkan aksi kumpulan bertamu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram