AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan Padam Cabaran Hebat Jepun
Asia
AFC
Advertisements

Banyak mata terarah kepada aksi tumpuan di antara dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan apabila kedua-duanya bertemu dalam perlawanan Kumpulan B Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bertindak merehatkan pemain-pemain penting pasukan masing-masing memandangkan Jepun dan Korea Selatan sudah pun mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Aksi dimulakan dengan penguasaan bola banyak terarah kepada Jepun manakala Korea Selatan banyak menunggu untuk melancarkan serangan balas.

Advertisements

Untuk 20 minit pertama, Jepun menampilkan aksi lebih bertenaga dengan beberapa percubaan ke gawang Korea Selatan namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Dengan kedua-dua pasukan buntu dalam mengatur serangan, separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Jepun terus mempamerkan penguasaan ditambah dengan tekanan yang tinggi diberikan oleh pemain Jepun apabila pemain Korea Selatan sedang mengawal bola.

Advertisements

Selepas sekian lama bertahan, Korea Selatan akhirnya mencipta kejutan melalui penyudah daripada Kim Min-woo pada minit ke-75 melalui tandukan kemas hasil sepakan sudut. Korea Selatan di hadapan 1-0.

Jepun mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan selang seminit selepas jaringan dari Korea Selatan namun rembatan Ryotaro Araki sedikit sahaja melepas palang gol.

Serangan terus dilancarkan Jepun dengan beberapa gerakan merbahaya ke gawang Korea Selatan namun barisan pertahanan Korea Selatan bijak memintas setiap serangan.

Advertisements

9 minit masa tambahan diberikan pengadil. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Jepun hampir menyamakan kedudukan melalui Kein Sato namun tandukannya mengenai tiang gol.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menghadiahkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Korea Selatan pada aksi Kumpulan B.

Biarpun tewas, Jepun tetap mara ke suku akhir mengikut jejak Korea Selatan apabila Jepun berada di tangga kedua Kumpulan B.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram