AFC U-23 Asian Cup: Thailand Jinakkan Skuad Tempang Iraq
Asia
Iraq FA
Advertisements

Wakil Asia Tenggara, Thailand membuka saingan kumpulan C AFC U-23 Asian Cup dengan kemenangan bergaya ke atas Iraq.

Thailand yang dibimbing Issara Sritao mempertaruhkan bintang muda Olympique Lyon, Erawan Garnier di bahagian serangan bersama-sama Guntapon Keereeleang dan Chitsanuphong Choti.

Iraq yang turun sebagai pasukan pilihan bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan bek kanan, Waris Coolthong yang menyambar hantaran lintang Erawan Garnier dari sebelah kanan pintu gol pada minit ke-26.

Advertisements

Seakan tersentak, Iraq bangkit memperkemas permainan bagi memburu jaringan penyamaan namun usaha tersebut tampak sia-sia dengan benteng pertahanan Thailand yang kekal ampuh sehingga waktu rehat.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak wakil Asia Tenggara itu.

Advertisements

Kembali dari rehat, Thailand terus memberi saingan sengit buat lawan dengan beberapa gerakan pantas yang mampu memerangkap pasukan yang diberi julukan Lions of Mesopotamia itu.

Pada minit ke-65, Teerasak Phoeiphimai menggandakan kelebihan skuad Gajah Perang dengan jaringan kedua hasil tandukan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol Iraq, Hussein Hassan.

Advertisements

Malang terus menimpa Iraq apabila terpaksa bermain dengan sepuluh orang pemain setelah Nihad Muhammad Owaid diperintah keluar padang oleh pengadil akibat kad merah pada minit ke-73.

Kelebihan beraksi menentang lawan yang ‘tempang’ gagal dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Thailand bagi mencari jaringan tambahan sehingga tamat 90 minit permainan.

Advertisements

Tamat aksi di Stadium Al Janoub, Iraq 0-2 Thailand.

Kemenangan ini meletakkan Thailand di tangga teratas kumpulan C dengan tiga mata manakala Iraq di tempat tercorot sementara menanti keputusan Arab Saudi dan Tajikistan.

Aksi seterusnya menyaksikan Thailand bakal berdepan ujian getir menentang juara bertahan, Arab Saudi 19 April hadapan manakala Iraq akan turun bagi menguji kekuatan Tajikistan sehari kemudian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram