AFC U-23 Asian Cup: UAE Tewas Kepada Jepun 2-0
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

UAE B-23 dan Jepun B-23 turun dalam aksi kedua bagi saingan Kumpulan B kempen Piala Asia B-23 2024.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dalam misi memburu mata penting bagi meraih slot ke peringkat suku akhir.

Pada babak pertama perlawanan, Jepun mendahului aksi dengan satu jaringan pada minit ke-27 permainan. Pertahanan tengah, Seiji Kimura menghadiahkan gol pembukaan perlawanan menerusi tandukan selepas beliau memanfaatkan hantaran daripada Rihito Yamamoto.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua, kedua-dua pasukan mula melakukan beberapa pertukaran. Jepun terus mengasak untuk pemburuan jaringan kedua sementara UAE beberapa kali hadir mencemaskan kubu Jepun untuk jaringan penyamaan.

Jepun akhirnya berjaya menambah jaringan pada minit ke-64 permainan. Giliran Yu Hirakama mencatat nama sebagai penjaring sekaligus jaringan tersebut menutup aksi yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar.

Perlawanan kedua saingan Kumpulan B ini tamat dengan kemenangan bergaya diraih Jepun menewaskan UAE dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Jepun yang dibimbing Go Oiwa ketika ini berada di kedudukan kedua dalam carta peringkat kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan. UAE pula di tangga ketiga selepas tewas dalam kedua-dua aksi di peringkat kumpulan.

Aksi seterusnya bakal mempertemukan Jepun dan Korea Selatan sementara UAE akan menentang China pada Isnin, 22 April 2024 bagi aksi terakhir saingan peringkat kumpulan kempen Piala Asia B-23 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram