AFC Umum 8 Stadium Tuan Rumah Piala Asia 2027
MakanBola
Manchester City

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan senarai lapan stadium Arab Saudi yang akan digunakan untuk saingan Piala Asia 2027.

Stadium-stadium tersebut ialah Stadium Bandaraya Sukan Raja Fahd, Stadium Bandaraya Sukan Raja Abdullah, Stadium Universiti Raja Saud dan Stadium Universiti Imam Mohammed Ibn Saud.

Stadium Al-Shabab, Kingdom Arena, Stadium Bandaraya Sukan Putera Abdullah Al-Faisal dan Stadium Aramco melengkapkan senarai lapan stadium untuk kejohanan berprestij itu.

Stadium Bandaraya Sukan Raja Fahd dipilih menjadi tuan rumah untuk aksi pembukaan dan final Piala Asia 2027.

“Stadium Bandaraya Sukan Raja Fahd. bakal menjadi pentas untuk aksi pembukaan yang menampilkan tuan rumah dan juara Asia tiga kali, Arab Saudi dan aksi final yang dinanti-nantikan,” kata AFC dalam satu kenyataan.

Stadium itu dan Stadium Aramco kini dalam fasa akhir pengubahsuaian dan pembinaan. Kedua-dua stadium dijangka siap pada tahun 2026.