Advertisement
AFC Women Club Championship: Urawa Reds Ladies Ke Final, ‘Bantai’ Bangkok FC
UltraSukan
UltraSukan
AWCC

Urawa Reds Ladies mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Kelab Wanita AFC (AWCC) 2023 selepas membelasah Bangkok FC 6-1 dalam aksi kedua Kumpulan A.

Kelab Jepun itu tahu satu lagi kemenangan bakal membawa mereka ke pentas final. Matlamat sama turut menjadi keinginan Bangkok FC.

Bagaimanapun, Urawa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Kiko Seike pada minit keenam.

Tiga minit selepas itu, Miki Ito menggandakan kelebihan buat wakil Jepun itu. Kozue Ando kemudiannya menyumbat gol ketiga Urawa pada minit ke-21.

Ito menyumbat gol ketiga dalam kejohanan menerusi gol pada minit ke-36. Keputusan 4-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Urawa terus ghairah memburu gol. Mei Shimada menyumbat gol kelima pada minit ke-51.

Bangkok meraih gol saguhati menerusi Kanyana Chettabutr pada minit ke-84. Bagaimanapun, Seike memastikan mereka pulang dengan kemenangan besar 6-1 menerusi gol pada minit ke-87.

Enam mata yang diraih Urawa sudah cukup melayakkan mereka ke final. Mereka kini menunggu pemenang Kumpulan B membabitkan Sydney FC dan Hyundai Steel Red Angels pada 12 November ini bagi menentukan lawan di final.