AFF B-16: Australia Muncul Juara, Thailand Berduka
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Skuad B-16 Australia muncul juara dalam Kejuaraan ASEAN B-16 2024 selepas menewaskan Thailand dalam aksi final.

Kedua-dua pasukan berjaya mara ke final selepas masing-masing menyingkirkan pasukan Vietnam dan Indonesia di peringkat separuh akhir tempoh hari. Thailand hari ini turun dalam misi memburu kejuaraan keempat selepas kali terakhir muncul juara pada tahun 2019.

Ad

Separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan oleh pasukan Thailand menerusi Poramet pada minit ke-33 permainan. Percubaan deras Poramet gagal diselamatkan penjaga gol muda Australia, Jai Ajanovic.

Ad

Sebelum menuju ke bilik persalinan, penyerang Australia, Queen Macnicol melegakan kem Australia untuk jaringan penyamaan pasukan. Rembatan dari luar kotak penalti yang dilepaskan Macnicol terus menggegar jaring. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Australia tampak lebih ghairah menyerang. Sungguhpun diasak dari kiri dan kanan padang, disiplin yang ditampilkan pertahanan Thailand wajar dipuji.

Ad

Thailand miliki peluang terhidang pada minit ke-60 permainan menerusi gerakan daripada sayap kiri namun peluang itu gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Ad

Australia pada minit ke-70 permainan sudah berjaya menggegar jaring pasukan Thailand untuk gol kedua pasukan. Jaringan itu bagaimanapun dibatalkan pengadil selepas keputusan daripada sistem bantuan pengadil VAR mengesan bola terkena tangan pemain Australia.

Ad

Lapan minit masa tambahan pada babak kedua tidak mengubah keputusan perlawanan. Aksi diteruskan ke penentuan sepakan penalti.

Thailand tewas dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan Thailand 7-8 Australia.