AFF B-16: Peluang Terakhir Malaysia Layak Selaku Juara Kumpulan C
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia masih memiliki satu peluang terakhir untuk layak selaku juara Kumpulan C di Piala AFF B-16.

Skuad kendalian Javier Ribera memulakan langkah cemerlang apabila menundukkan Timor Leste dengan keputusan 5-0.

Rentak cemerlang itu bagaimanapun tidak dapat dikekalkan apabila tewas bermaruah ketika menentang Australia B-16 dengan keputusan 2-0.

Kini, anak didik Javier Ribera masih memiliki peluang terakhir untuk layak selaku juara Kumpulan C pada aksi esok.

Malaysia wajib menewaskan Thailand B-16 untuk meraih 6 mata daripada 3 perlawanan sementara perlu mengharapkan bantuan Timor Leste untuk menundukkan Australia.

Timor Leste ketika ini tewas dua perlawanan awal dengan jaringan 6-0 bertemu Thailand dan 5-0 menentang Malaysia.

Keadaan ini bakal membolehkan skuad muda negara muncul juara Kumpulan C dengan 6 mata diikuti oleh Thailand yang memiliki kelebihan jaringan berbanding Australia walaupun dengan mata yang sama (4 mata).

Saingan kumpulan lain menyaksikan Indonesia dan Vietnam telah mengesahkan slot ke separuh akhir Piala AFF B-16 edisi kali ini.