Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat.
Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0.
Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke pusingan berikutnya.
Perlawanan menentang Australia akan berlangsung pada 26 Jun di Stadium Sriwedari sekaligus berpeluang untuk mengulangi pencapaian tahun 2022.
Aksi pada Kejuaraan B-16 AFF 2022 itu menyaksikan Malaysia memberi tekanan hebat dengan mendahului gergasi Asia itu 2-1 sebelum jaringan Max Hately pada minit ke-65 memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Perlawanan terakhir yang bakal menjadi halangan Malaysia B-16 ialah juara tiga kali, Thailand pada Sabtu, 29 Jun 2024 di Stadium Manahan.
Malaysia mahu mengulangi pencapaian tahun 2019 apabila muncul juara dengan menundukkan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 2-1.
Australia juga tidak berada dalam prestasi terbaik selepas tersingkir pada peringkat kumpulan pada dua edisi terakhir penyertaan.
Juara edisi terakhir adalah milik Indonesia selepas berjaya menundukkan Vietnam dengan kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri pada tahun 2022.