AFF U23: Jurulatih Vietnam Lega Lepasi Perlawanan Pertama
MakanBola
VFF
Sponsors

Jurulatih skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan merasa senang hati kerana anak-anak buahnya berjaya mengalahkan Laos 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala AFF B-23 2023 hari ini.

Untuk makluman, majoriti pemain yang beraksi dalam edisi kali ini terdiri daripada skuad B-20 Vietnam.

Ad

Portal Vietnam, Dantri mendedahkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memutuskan untuk membentuk dua pasukan untuk Piala AFF B-23 dan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Ad

Justeru, tanggungjawab mengendali skuad untuk Piala AFF B-23 ini diserahkan kepada Anh Tuan yang juga pengendali skuad B-20 Golden Star Warriors.

Atas sebab itu, beliau melihat kemenangan hari ini mampu memberi keyakinan kepada anak-anak buahnya untuk layak ke separuh akhir kejohanan.

Ad

“Pertama sekali, tahniah kepada semua pemain. Bila kita menang, pemain-pemain mula leka. Jadi, ini sesuatu yang perlu kita perbaiki.

Ad

“Saya sudah katakan kepada pemain, perlawanan pertama ini bukan mudah. Pemain-pemain kita mencuba yang terbaik. Walaupun kita berdepan sedikit kesukaran daripada pemain-pemain Laos, kita berjaya atasinya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan hari ini.

Selepas ini, Vietnam berharap dapat meraih kemenangan ke atas Filipina pada 22 Ogos ini bagi menjamin kelayakan ke separuh akhir.