Kapten pasukan Brunei, Syafiq Saifuddin Shariff menganggap pasukan Kemboja terlalu kuat untuk dikalahkan dalam aksi pertama kumpulan A Piala AFF B-23.
Gawang gol Brunei dibolosi sebanyak 5 kali dan lebih teruk, Brunei gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi pertama peringkat kumpulan.
Kesilapan individu yang dilakukan beberapa kali oleh para pemain Brunei juga menjadi punca kekalahan mereka menurut Syafiq Saifuddin lagi.
“Mereka terlalu kuat untuk kami namun selepas ini kami akan buat lebih baik” ujar Syafiq dalam temu ramah selepas tamat perlawanan.
Syafiq yang memakai lilitan kapten Brunei turut mengemudi bahagian tengah pasukan gagal menyekat asakan bertali arus pasukan Kemboja.
Malah, Kemboja menguasai perlawanan dengan 81% penguasaan bola dan mempunyai ketepatan hantaran sebanyak 88% dalam perlawanan tersebut.
Brunei bakal bertemu Thailand bagi aksi kedua peringkat kumpulan yang dijadualkan pada Sabtu ini.