Advertising
Afghanistan Bakal Uji Thailand
MakanBola
Changsuek

Thailand mula mengatur persiapan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

All Things Thai Football melaporkan Thailand telah mengatur aksi persahabatan antarabangsa dengan Afghanistan pada Mac ini.

Ad

Perlawanan itu akan diadakan sebelum aksi pertama Kumpulan D menentang Sri Lanka pada 25 Mac ini.

Ad

Aksi pemanas badan ini dilihat dapat membantu persiapan kedua-dua pasukan dalam kumpulan kelayakan masing-masing.

Afghanistan berada dalam Kumpulan E bersama Syria, Myanmar dan negara jiran, Pakistan. Aksi pertama Kumpulan E menyaksikan mereka bakal menentang Myanmar.

Ad

Selain Sri Lanka, Thailand bakal dicabar Chinese Taipei dan Turkmenistan untuk merebut kedudukan pertama Kumpulan D.

Ad

Kedudukan pertama kumpulan menjadi sasaran semua pasukan yang beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan. Ini kerana hanya juara kumpulan saja layak ke Piala Asia 2027.

Ad

Gajah Perang memiliki rekod baik ke atas Afghanistan kerana pernah menewaskan mereka 2-0 pada 2015.

Thailand yang ketika itu dibimbing Kiatisuk Senamuang meraih kemenangan 2-0 menerusi gol Mongkol Tossakrai dan Teerasil Dangda.