Advertisements
Afghanistan Tak ‘Layan’ Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
AFF/FAM

Pasukan kebangsaan Afghanistan tidak berpeluang untuk bertemu dengan skuad Harimau Malaya.

Skuad kendalian Pau Marti giat mencari lawan kedua bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November ini selepas bakal berdepan pasukan ke-125 dunia, India.

Malaysia baru sahaja bertemu New Zealand di Auckland dan tewas dengan keputusan 4-0 sekaligus terlepas peluang untuk meraih tambahan mata FIFA.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa terdapat tiga pasukan dari Asia Selatan yang berminat untuk bertemu Harimau Malaya.

“Maldives, Bangladesh atau Afghanistan antara satu lagi pasukan Asia Selatan yang difahamkan berada dalam radar FAM untuk aksi persahabatan antarabangsa.

“Perlawanan dijangka diadakan lima hari sebelum bertemu India pada 19 November,” ujarnya di laman X.

Afghanistan bagaimanapun telah dipastikan memiliki dua aksi persahabatan Tier 1 bulan November ini apabila bakal bertemu Nepal dan juga juara Pestabola Merdeka 2023 iaitu Tajikistan.

Kedua-dua aksi tersebut dijadualkan berlangsung masing-masing pada 16 dan 19 November 2024 dalam aksi tiga penjuru di Tajikistan.

Malaysia kini giat mencar lawan dari Asia Selatan dengan pasukan seperti seperti Maldives (163) dan juga Bangladesh (185).