Aguero Sudah Tandatangan Kontrak Sejak November Lagi
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyokong Pahang tidak perlu bimbang Sergio Aguero akan mengikut jejak Lee Tuck kerana pemain itu sebenarnya sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan Sri Pahang FC sejak bulan November lagi.

Tindakan Lee Tuck yang meninggalkan Sri Pahang, setelah apa yang dilakukan kelab itu, terutama ‘membela’nya selama semusim walaupun tidak beraksi dan membantu segala urusan mendapatkannya kerakyatan Malaysia cukup mengecewakan penyokong.

Ad

Dia dilaporkan membuat keputusan angkat kaki kerana pengurusan kelab enggan tunduk kepada permintaan gajinya yang tinggi melampau.

Ad

Justeru penyokong bimbang Aguero yang turut dinaturalisasikan bersama-sama Lee Tuck akan membuat keputusan sama, apatah lagi prestasinya kini pastinya antara yang sedang diperhatikan kelab-kelab lain ekoran kecemerlangan bersama Harimau Malaya.

Namun, menerusi laporan Arena Metro, sumber terdekat kelab mendedahkan pemain berusia 28 tahun dari Argentina itu akan kekal memperkuatkan skuad tok gajah dalam saingan musim depan.

Ad

“Sebenarnya, Aguero sudah menandatangani kontrak bersama Sri Pahang bulan lalu, sekali gus masih menjadi antara pemain harapan skuad ini musim depan. Jadi Aguero sah bersama Sri Pahang, kelab ini berharap dia dapat beraksi cemerlang musim depan,” ujar sumber tersebut.

Ad

Aguero sebenarnya menyertai Sri Pahang pada musim 2021 tetapi dipinjamkan kepada Perak berikutan Thomas Dooley menpunyai calon pilihannya sendiri untuk mengetuai serangan iaitu Yevhen Bokhashvili.

Ad

Selepas kembali daripada pinjaman, dia bersama-sama Lee Tuck tidak didaftarkan dalam senarai import kerana Sri Pahang mahu terlebih dahulu menaturalisasikan mereka supaya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Proses tersebut memakan masa yang cukup lama, dan semuanya hanya selesai sekitar bulan September lalu, di mana kedua-dua pemain itu hanya sempat membuat penampilan dalam dua perlawanan iaitu pusingan kedua Piala Malaysia menentang Terengganu.