Aidil Shahrin Bakal Ganti Posisi Tomislav Steinbruckner Di Terengganu?
Liga Super
Advertisements

Bekas pengendali Kedah Darul Aman, Aidil Shahrin Sahak dijangka bakal kembali ke Liga Malaysia apabila beliau kini dikaitkan dengan dua pasukan Liga Super.

Dalam satu ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya hari ini, Zulhelmi menjelaskan bahawa Terengganu dan Kelantan United merupakan dua pasukan yang dikaitkan dengan Aidil.

Selain itu, pengendali dari Singapura ini turut menerima tawaran daripada dua pasukan yang beraksi di Liga 1 Indonesia iaitu Persikabo dan Persita Tangerang. Bagaimanapun Aidil Shahrin seperti tunjuk minat yang lebih untuk kembali mengendalikan pasukan di Liga Malaysia.

Advertisements

Prestasi semasa pasukan Terengganu di bawah kendalian Tomislav Steinbrückner kini tidak begitu konsisten apabila dalam sepuluh aksi Liga Super, lima kekalahan telah dicatat Terengganu. 

Sementara pasukan Kelantan United di bawah kendalian Tromas Trucha pula terus terumbang ambing dan kini berada di tangga terakhir Liga Super. Selepas sembilan aksi liga, tujuh kekalahan dicatat dan tiada satu kemenangan pun yang diraih Kelantan United. 

Advertisements

Antara pencapaian Aidil Shahrin ketika membimbing Kedah pada tahun 2019-2022 ialah beliau berjaya membawa Kedah menjadi Juara Piala FA pada 2019. Dua musim berturut iaitu pada 2020 & 2021, Kedah menjadi Naib Juara Liga Super dan Aidil Shahrin juga berjaya kemudi Kedah di pentas Piala AFC hingga ke pentas Separuh Akhir Piala AFC Zon Asean 2022. 

Khidmat pengendali berpengalaman ini pastinya akan ditagih mana-mana pasukan dan magis beliau kini ibarat pisang goreng panas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram