Aidil Sharin mengakui Kuching City masih lagi pada peringkat awal dalam membina pasukan setelah pasukan tersebut mencatatkan keputusan seri menentang Sri Pahang.
Kuching City mendahului 2-0 pada babak pertama namun Sri Pahang bangkit pada aksi separuh masa kedua untuk mengikat Kuching City dengan keputusan 2-2.
Ketua jurulatih Kuching City berpendapat pasukannya masih baru dan bukan berstatus kelab besar seperti JDT, Selangor, Terengganu dan juga Kedah dalam saingan Liga Super.
“Kami telah melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan tetapi kami tidak konsisten dalam 90 minit. Kami tahu kami menentang pasukan di tangga ke-5 atau ke-6 liga seperti Pahang dan mereka pasukan yang kuat.
“Saya pemain saya bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi kami harus belajar apabila pasukan mendahului, kita perlu lebih tenang dan konsisten.
“Malangnya kami hilang Baggio dibahagian tengah dan pasukan merasainya pada babak kedua. Baggio mampu membuka ruang apabila Pahang menyerang kami.
“Kuching City masih baru, 80% pemain adalah muka baharu dan kami perlukan masa. Jangan lupa kami bukan pasukan besar seperti JDT, Selangor, Terengganu dan Kedah.
“Kami berbelanja mengikut kemampuan kami dan kami melakukan apa yang kami mampu tetapi yang paling penting saya mahu para pemain memperbaiki diri, itu yang penting.
“Itu sasaran kami dan kami mahu jadi lebih baik setiap kali perlawanan. Saya harap pemain akan lebih yakin untuk menjadi lebih baik.” ujar Aidil Sharin setelah tamat perlawanan.
Kuching City kini merekodkan 2 keputusan seri berturut-turut dalam 2 aksi awal Liga Super dan seterusnya akan menentang cabaran Sabah untuk perlawanan minggu ketiga Liga Super.