Ads
Aidil Sharin Letak Sasaran Masuk Akal Buat Kuching City
Liga Super
Kuching City FC

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengambil pendekatan lebih realistik buat pasukan kendaliannya dalam menghadapi cabaran getir saingan Liga Super musim 2024/2025.

Advertisements

Jurulatih berusia 46 tahun itu berpendapat sasaran berada di dalam kelompok lapan terbaik sudah memadai buat Kuching City agar dapat memperbaiki rekod buruk pada musim lalu.

Advertisements

“Sasaran saya adalah untuk lebih baik pada musim lalu, jikalau kami berada dalam lapan terbaik Liga Super, itu adalah cukup baik bagi kami.” kata Aidil kepada MFL.

Advertisements
Advertisements

Mengulas mengenai kemasukan dua pemain pertahanan baharu iaitu James Okwuosa dan Rodney Celvin Akwensivie, Aidil berharap kemasukan ‘kereta kebal’ baharu itu dapat membantu memperkuatkan barisan belakang pasukan.

“Dengan kehadiran James dan Rodney ke dalam skuad pada musim ini, saya yakin ia dapat membantu lebih banyak di barisan pertahanan,” luah jurulatih kelahiran Singapura itu.

Advertisements

Untuk rekod, Okwuosa telah merekodkan 33 penampilan bersama PDRM FC pada musim lalu, berjaya meledak empat gol serta membantu PDRM menjulang kejuaraan Piala Cabaran MFL bagi musim 2023.

Selain itu, Rodney pula merupakan tonggak pertahanan Kedah Darul Aman FC pada musim lalu. Pemain berusia 27 tahun ini telah membuat 27 penampilan untuk Kedah sepanjang musim lalu.

Advertisements

Kuching City bakal memulakan kempen Liga Super 2024/2025 dengan aksi menentang Kuala Lumpur City FC pada 12 Mei depan di gelanggang lawan sebelum menjadi tuan rumah kepada Sri Pahang FC untuk aksi kedua yang dijadualkan pada 19 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram