Advertisement
Aidil Sharin Sertai Kuching City
Liga Super
MakanBola
Persikabo 1973

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak bakal dilantik sebagai jurulatih Kuching City FC yang baru.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di Twitter yang berbunyi, “Selamat kembali Coach Aidil.”

Bila ditanya seorang pengguna tentang destinasi bekas jurulatih Home United itu, Zulhelmi mendedahkan nama Il Gatto sebagai kelab baru Aidil.

Aidil bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih sebelumnya, Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan beberapa minggu lepas.

Irfan memilih berbuat demikian bagi memikul tanggungjawab kemerosotan prestasi yang dialami Kuching City FC dalam Liga Super musim ini.

Susulan itu, peranan jurulatih sementara diisi oleh Firdaus Morshidi sementara pengurusan Kuching City FC mencari jurulatih baru menggantikan bekas jurulatih Terengganu FC itu.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Il Gatto hanya mengutip satu kemenangan, empat seri dan 12 kekalahan dalam liga.

Aidil sebelum itu memilih meninggalkan pasukan Liga 1 Indonesia, Persikabo beberapa hari lepas atas sebab keluarga.