Aidil Sharin Tercalon Jurulatih Terbaik Kali Ke-4
MakanBola
Kuching City FC
Sponsors

Kemas kini terbaru calon Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 menyaksikan Aidil Sharin Sahak tercalon buat kali keempat.

Sebelum ini, jurulatih Singapura berusia 47 tahun itu pernah tercalon untuk anugerah berkenaan sebanyak tiga kali semasa membimbing Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Aidil tercalon pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Tahun 2019 juga cukup manis buat beliau kerana membimbing Kedah muncul juara Piala FA dan naib juara Unifi Piala Malaysia.

Ad

Kini, Aidil tercalon buat kali keempat selepas membimbing Kuching City FC berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25.

Bekas jurulatih Persikabo 1973 itu menganggap pencalonan terbaru ini bukan saja satu penghormatan buat beliau. Malah, ia dilihat mengiktiraf pencapaian The Cats dalam liga musim ini.

Ad

“Sejujurnya saya tidak mahu terlebih fokus untuk memenangi kategori ini (Jurulatih Terbaik) dan bersyukur sejak saya di Liga Malaysia sebagai jurulatih, saya terpilih untuk tercalon dalam kategori ini,” katanya.

Ad

“Hanya rezeki sahaja tidak memihak kepada saya, tetapi untuk kembali tercalon selepas saya kembali sebagai jurulatih di Kuching City, saya gembira sebab bukan mudah untuk berada di tahap ini.

Ad

“Tambah-tambah apabila kita boleh tengok pasukan Kuching City yang musim lepas di tangga 13 liga, sekarang boleh berada di kelompok 4 teratas, alhamdulillah.”

Aidil bakal berdepan cabaran Hector Bidoglio (Johor Darul Ta’zim (JDT)) dan Katsuhito Kinoshi (Selangor) untuk anugerah Jurulatih Terbaik.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments