Aidil Sharin Terima Tawaran Kelab Pantai Timur
Liga Super
Persikabo 1973
Advertisements

Nama Aidil Sharin Sahak kembali hangat apabila bekas jurulatih Kedah itu dikaitkan dengan empat kelab termasuk dua kelab Liga Super. Dan hari ini, jurulatih Singapura itu mendedahkan telah menerima surat tawaran daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur tanah air.

Selain kelab yang tidak dinamakan itu, Aidil turut digosipkan dengan penghijrahan ke Terengganu. Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar khabar angin kerana beliau tidak didekati oleh mana-mana pihak yang mewakili pengurusan Peteh.

“Sejujurnya, tentang Terengganu, tiada siapa yang mendekati saya. Tetapi ejen yang memberitahu saya bahawa Terengganu berminat (mendapatkan khidmat saya). Setakat ini, tiada tawaran yang kukuh.

Advertisements

“Satu lagi pasukan dari Pantai Timur, ya, saya telah mendapat tawaran. Saya juga telah menerima surat tawaran (daripada mereka), meminta saya untuk datang dan mengambil alih pasukan.

“Yang itu memang satu tawaran yang tulen jadi buat masa ini, yang ini yang terbarulah yang saya boleh beritahu,” katanya semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Advertisements

Begitupun, bekas jurulatih Home United itu perlu memaklumkan keputusannya itu kepada kelab Liga 1 Indonesia, Persikabo. Justeru, Aidil telah meminta tempoh dua minggu untuk menimbang tawaran berkenaan dengan hujung minggu ini dilihat penentu sama ada beliau kekal di Persikabo atau kembali mewarnai saingan Liga Super.

“Insya Allah, saya kena adil juga dengan Persikabo kerana Persikabo masih memerlukan khidmat saya di sana. Jadi, saya beritahu mereka, ‘Beri saya dua minggu untuk menimbang (tawaran berkenaan).’

Advertisements

“Tapi minggu ini ialah minggu terakhir untuk saya memberi jawapan dan saya harus bersikap profesional. Jadi, pada Jumaat atau Sabtu ini, saya akan putuskan apa yang terbaik untuk saya,” tambahnya.

Aidil turut mengakui peluang kembali menjadi jurulatih di Liga Super ialah satu peluang yang sukar dilepaskan. Ini kerana beliau merasakan tugasnya masih lagi belum selesai walaupun menikmati tiga musim yang baik bersama Kedah.

Advertisements

“Saya fikir ya, sejujurnya ya, saya mempunyai tiga musim yang bagus bersama Kedah. Saya fikir pencapaian saya (bersama Kedah) sudah cukup menceritakan segalanya.

“Anda tahu Kedah dan Terengganu merupakan pasukan yang mampu memberi saingan terhadap pasukan yang terbaik di Malaysia, JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Jadi, sejujurnya, saya amat merindui suasana di Malaysia kerana Malaysia lebih hampir dengan Singapura dan orangnya. Dan saya mempunyai ramai kawan selepas empat tahun di Malaysia.

“Para jurulatihnya mempunyai hubungan rapat. Kami mungkin pesaing di atas padang tetapi di luar padang, kami merupakan rakan. Itu yang saya amat rindukan tentang suasana di Malaysia,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram