Air Mata Victor Andrag Tumpah Di Darul Aman
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag tidak dapat menyembunyikan kesedihan sehingga mengeluarkan air mata dalam sidang media selepas aksi Liga Super yang menemukan Kedah dan Sabah FC.

Victor mengakui bahawa pasukan yang dibimbing kini tidak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana ianya bukan satu perjalanan yang mudah.

Ad

“Saya tak boleh nak huraikan, ianya (perjalanan pasukan Kedah) sangat sukar. Cukap sukar untuk saya terangkan perjalanan ini.

Ad

“Hari demi hari, perlawanan demi perlawanan. Ianya tidak mudah buat kami untuk beraksi dan dapatkan mata. Tiada perkataan. Anda semua boleh lihat berapa lama kami berjuang bersama-sama. Berapa lami kami membangun bersama sebagai sebuah keluarga.

“Dari segi perkataan saya tak perlu nak jelaskan kerana segala tindakan telah menunjukkan karakter sebenar di dalam padang dan luar padang,” jelas Victor Andrag seperti yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di laman X.

Ad

Kedah menamatkan perlawanan di tempat sendiri dengan menentang Sabah pada Sabtu yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Ad

Untuk aksi terakhir Liga Super, Kedah yang kini meduduki tangga ke-11 bakal bertemu Terengganu FC pada 20 April.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments