Akademi JDT Terus Unggul, Muncul Juara Liga Suparimau
MakanBola
JOHOR Southern Tigers

JDT terus mengukuhkan jenama bola sepak mereka menerusi kecemerlangan para pemain akademi apabila skuad bawah 12 tahun JDT berjaya merangkul kejuaraan Liga Suparimau 2023.

Skuad bawah 12 tahun JDT mengalahkan pasukan Shining FC bawah 12 tahun dengan jaringan 5-0 untuk muncul juara Liga Suparimau 2023 Johor Season B. Dengan kejuaraan ini, Akademi JDT sekali lagi berjaya menambah koleksi kejuaraan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ad

Sebelum ini, Akademi JDT turut berjaya muncul juara Garuda International Cup di Indonesia dan pernah menyertai beberapa kejohanan berstatus antarabangsa bagi memberi pendedahan awal kepada para pemain muda JDT.

Ad

Prestasi cemerlang para pemain akademi JDT ini memperlihatkan keputusan yang positif dalam menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi.

Pembangunan akar umbi dalam bola sepak tempatan amat penting bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti tinggi dan JDT telah berada di landasan yang tepat ketika ini.

Ad
Ad

Ad