Akhyar Rashid Tamatkan Zaman Bujang
MakanBola
Eyka Farhana
Sponsors

Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid mengakhiri zaman bujangnya pada hari ini.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu melangsungkan pernikahan dengan pelakon, Eyka Farhana. Gambar hari bahagia pasangan mempelai itu turut dikongsikan Eyka dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

“Dengan satu lafaz, Alhamdulillah. Kita secara rasmi bergelar suami dan isteri,” katanya.

Ad

Pasangan bahagia itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.

Pihak pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan. Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi turut menerima mas kahwin berjumlah RM3,200.

Ad

Majlis perkahwinan ini turut dihadiri beberapa rakan artis terkenal seperti Amelia Henderson, Azira Shafinaz dan Mimi Lana. Mereka juga membawa peranan sebagai pengiring dulang hantaran.

Ad

Akhyar dan Eyka menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum bertunang pada 4 Ogos 2024.

Ad

Meskipun musim 2024/25 sudah berakhir, bekas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dijangka sibuk selepas ini.

Ini kerana skuad negara bakal menentang Vietnam untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.

MakanBola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Akhyar Rashid. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments