Ads
Akmal Rizal Anggap Pengalaman Pisahkan Penang & KL City
Liga Super
Penang FC

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui kekurangan pengalaman pasukan itu menyebabkan mereka dihukum KL City FC.

Advertisements

Aksi terbaru Liga Super menemukan The City Boys dan Harimau Kumbang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 September lalu.

Advertisements

Pada awalnya, Penang mendahului menerusi gol awal Adib Ra’op. KL City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten, Paulo Josue.

Advertisements
Advertisements

KL City menggandakan kelebihan gol mereka menerusi Jovan Motika pada minit ke-22. Ini disusuli dua gol Haqimi Azim pada separuh masa kedua.

Gol Rodrigo Dias pada minit ke-83 sudah terlewat untuk menghalang KL City daripada meraih kemenangan kelima dalam Liga Super.

Advertisements

Akmal mengakui kecewa kerana melihat pasukannya tewas buat kali keempat dalam liga musim ini. Beliau percaya kekurangan pengalaman Penang mengakibatkan pasukan itu dihukum KL City.

“Saya kecewa dengan kekalahan terbaru pada malam ini. Perancangan yang kita cuba lakukan gagal tetapi kita bermula dengan baik apabila mendapat gol awal (dan) memberi tekanan kepada pasukan KL (City).

“Tetapi ada dua kesilapan yang kita lakukan di jurang antara bahagian tengah dan bahagian pertahanan agak jauh.

“Dan di situ, dengan pengalaman yang dimiliki pemain KL (City), mereka menghukum kesilapan kita dengan dua gol,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Harimau Kumbang berada di kedudukan ke-10 liga dengan 11 mata. Manakala The City Boys pula di tangga kelapan kerana memiliki kelebihan jaringan meskipun berkongsi mata sama dengan Penang.

Advertisements

Selepas ini, Harimau Kumbang bakal berdepan Sri Pahang FC pada 20 Oktober. Manakala KL City pula bakal berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 18 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram