Lagenda kebangsaan, Akmal Rizal menyebut tentang sosok yang berpotensi untuk menjadi pertama baharu bola sepak Malaysia.
Pemain berusia 23 tahun ini cemerlang beraksi pada pentas Final Piala Malaysia 2025 bersama Sri Pahang sungguhpun tunduk dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Kita kekurangan pemain tengah bertahan yang memiliki karakter seperti beliau (Ibrahim Manusi) tak kira senior atau junior.
“Jadi, beliau (Ibrahim Manusi) bakal menjadi permata baharu terutamanya pada posisi pemain tengah bertahan dan harapnya lebih ramai pemain baharu akan lahir,” ujarnya kepada Astro Arena.
Akmal melihat persaingan sengit posisi lain seperti penyerang dan pertahanan dengan pemain import menyebabkan posisi pertahanan tengah berdepan kurang persaingan ketika ini.
Razman Roslan juga yakin bahawa pemain ini selayaknya diberikan peluang bersama Harimau Malaya atas prestasi memberasangkan sepanjang musim 2024/25.
“Peluang juga harus diberikan untuknya bersama pasukan kebangsaan. Beliau berlari tak berhenti, melakukan pintasan. Beliau pemain tengah bertahan yang baik dan juga boleh membantu serangan,” tambahnya.