Akmal Rizal Sedia Bimbing Penang Secara Tetap
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Pemangku jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu bersedia membimbing pasukan itu secara tetap sekiranya mendapat sokongan pengurusan kelab.

Sentuhan beliau mula membuahkan hasil apabila membantu skuad Harimau Kumbang melakar kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang FC semalam.

Kemenangan itu mengakhiri penantian kemenangan Penang FC selama lebih empat bulan. Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan ialah ke atas Kelantan FC pada 8 Julai lalu.

Advertisements

Justeru, Akmal tidak menolak berbuat demikian seandainya pengurusan Penang FC percaya beliau mampu membawa mereka ke hadapan selepas ini.

“Saya rasa sebagai jurulatih, bila saya masuk dalam bidang ini, (jawatan jurulatih kelab) itulah peringkat tertinggi selepas (jurulatih skuad kebangsaan) dan ke skuad kebangsaan.

“Jadi, jika diberi peluang, itu semua atas pihak lembaga pengarah (Penang FC). Jika mereka yakin dengan kemampuan saya, rasa saya boleh bertanggungjawab untuk pasukan selepas ini, saya sudah sedia,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisements

Kemenangan semalam menyaksikan Penang berada di tangga ke-10 dengan 23 mata selepas 24 perlawanan.

Selepas ini, Penang bakal melayan kunjungan finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC di Stadium Bandaraya pada 3 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram