Akram Afif Pecah Rekod Piala Asia
Asia
FA Qatar
Advertisements

Penyerang berbisa Qatar, Akram Afif telah mencipta rekod tersendiri dalam aksi final Piala Asia 2023 semalam.

Ini kerana beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan tiga gol atau hatrik di pentas final Piala Asia sejak format pusingan kalah mati diperkenalkan dalam Piala Asia edisi 1972.

Lebih menarik, kesemua tiga gol yang dijaringkan Akram terhasil menerusi sepakan penalti yang diberi pengadil China, Ma Ning.

Advertisements

Tiga gol yang dijaringkan beliau pada minit ke-22, 73 dan 95 sudah cukup untuk membantu Qatar bergelar juara Piala Asia buat kali kedua dalam sejarah kejohanan.

Selain menamatkan kempen sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol, penyerang Al-Sadd itu turut dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala Asia 2023.

Dengan usianya mencecah 27 tahun, Akram berpeluang untuk mencipta satu lagi rekod sekiranya terpilih menyertai skuad The Maroons untuk Piala Asia 2027.

Advertisements

Ini kerana beliau berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi penjaring terbanyak Piala Asia sepanjang zaman.

Akram ketika ini berkongsi kedudukan keempat penjaring terbanyak Piala Asia sepanjang zaman bersama Naohiro Takahara (Jepun) dan Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu (UAE)) dengan sembilan gol.

Bagaimanapun, beliau bakal berdepan saingan sengit daripada rakan sepasukannya, Almoez Ali. Ini kerana beliau kini penjaring kedua terbanyak Piala Asia sepanjang zaman dengan 11 gol.

Advertisements

Dengan Almoez juga berusia 27 tahun, tidak mustahil salah seorang daripada kedua-duanya mampu memecahkan rekod penjaring terbanyak Piala Asia sepanjang zaman yang dipegang legenda Iran, Ali Daei.

Rekod 14 gol beliau yang dilakar dalam Piala Asia edisi 1996, 2000 dan 2004 masih lagi gagal dicabar sehingga ke hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram