Akram Dan Kenny Terpaksa Digugurkan Skuad Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain KL City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj terpaksa digugurkan daripada skuad Harimau Malaya ekoran kecederaan yang dialami mereka ketika aksi final Piala Malaysia 2021 semalam. Perlawanan yang berlangsung dengan penuh dramtik itu berakhir dengan kemenangan kepada KL City FC, 2-0.

Sungguhpun kegembiraan bersama pasukan telah dicapai, namun perjuangan Akram dan Kenny bersama skuad negara pula terpaksa ditangguhkan. Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampil memberitahu kepada Cakap Sukan berkenaan keadaan terkini Akram dan Kenny.

Menurut Cheng Hoe, perkhabaran terbaru yang diterima itu dijelaskan oleh doktor perubatan pasukan KL City FC. Akram dan Kenny masing-masing mengalami kecederaan yang serius dan dijangka berehat panjang sebelum pulih.

Advertisements

“Kami mendapat laporan dari doktor perubatan pasukan (KL City FC) memaklumkan dua pemain ini mengalami kecederaan serius dan memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih.

“Akram mengalami kecederaan groin manakala Kenny pula kecederaan ligamen selepas beraksi pada pentas final malam tadi,” ujar Cheng Hoe.

Pengendali yang berusia 53 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa pemain yang sedia ada mampu mengganti posisi yang ditinggalkan. Tambah TCH, skuad Harimau Malaya tidak akan memanggil pemain lain namun akan terus memberikan fokus kepada pemain sedia ada.

Advertisements

“Kita tidak akan memanggil pemain lain dan fokus dengan pemilihan pemain sedia ada yang boleh beraksi di posisi terbabit antaranya Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad dan pemain B22 tahun negara, Mukhairi Ajmal.”

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Kemboja pada aksi pertama kempen Piala AFF Suzuki 2020 pada 6 Disember, Isnin depan jam 5.30 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram