Akram Mahinan: Atas Padang, Apa-apa Boleh Berlaku
MakanBola
Terengganu FC

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan pasukan bukan pilihan boleh saja mencipta kejutan menjelang aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia.

Aksi separuh akhir menemukan Peteh dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Kedua-dua pasukan berentap selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.

Ad

Terengganu menyingkirkan Negeri Sembilan FC dengan keputusan agregat 6-2. JDT pula meraih kemenangan agregat 6-1 ke atas juara edisi 2021, KL City FC.

Ad

Akram mengakui di atas kertas, JDT berstatus pasukan pilihan selaku juara bertahan. Pada masa sama, pasukan bukan pilihan boleh saja mencipta kejutan seperti yang dilakukan pasukan lamanya, KL City.

“Bagi saya, semua pemain perlu ada keyakinan. Masa dekat KL City dulu, kami selalu yakin dalam padang, apa-apa boleh berlaku walaupun (berstatus) pasukan bukan pilihan,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

“Sebab apa kalau kita masuk padang tiada keyakinan, kita sudah kalah awal. Kita sudah kalah dari segi mental, belum lawan lagi sudah kalah. Dalam medan perang ini, kena ada keyakinan dulu.”

Ad

Akram pernah merasai nikmat menewaskan Harimau Selatan. Semasa bersama The City Boys, beliau membantu pasukan itu muncul juara Unifi Piala Malaysia pada 2021 dengan mengalahkan JDT di pentas final.

Ad

Terengganu bakal berentap dengan JDT untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) hari ini.

Ini disusuli aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 1 Februari. Pemenang bakal bertemu sama ada Sabah FC atau Sri Pahang FC di peringkat akhir.