Aksi Ajaib David De Gea Buat AC Milan Hampa
MakanBola
ACF Fiorentina
Sponsors

Aksi cemerlang yang dipamerkan David de Gea membantu Fiorentina mengikat AC Milan 2-2 dalam aksi terbaru Serie A baru-baru ini.

La Viola terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri Malick Thiaw dan Moise Kean pada minit ketujuh dan ke-10.

Ad

Rossoneri kemudiannya mengurangkan defisit gol menerusi Tammy Abraham pada minit ke-23. Ini disusuli gol Luka Jovic pada separuh masa kedua.

Ad

AC Milan melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu Fiorentina untuk memburu gol kemenangan. Malangnya, setiap percubaan mereka dinafikan de Gea.

Ini termasuk dua percubaan jarak dekat yang dibuat bekas pemain Chelsea, Christian Pulisic. Kecekapan de Gea mengawal gawang memastikan La Viola berjaya mencuri satu mata dari San Siro.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Fiorentina dan Milan masing-masing di tempat kelapan dan kesembilan dengan 52 dan 48 mata.

Ad

Sejak menyertai Fiorentina pada Ogos 2024, de Gea memiliki 10 rekod tanpa bolos dalam 31 perlawanan semua kejohanan.

Ad

Prestasi hebat beliau dilaporkan turut menarik minat kelab lamanya, Manchester United. The Red Devils dilaporkan mahu membawa de Gea kembali mewarnai Old Trafford.

Susulan itu, Fiorentina dilaporkan mahu menawarkan kontrak baru kepada penjaga gol berusia 34 tahun itu.

Mereka turut memiliki pilihan mengaktifkan klausa lanjutan kontrak selama setahun untuk mengekalkan de Gea di Stadium Artemio Franchi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments