Aksi pegawai perubatan Terengganu FC, Dr. Lee (Junior) berlari semasa perlawanan Liga Super di antara pasukan tuan rumah, Terengganu FC bertemu Sarawak United tular sekaligus mencuit hati netizen yang melihatnya.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Terengganu menang 1-0 ke atas Sarawak United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu.
Kejadian tersebut berjaya dirakam lensa kamera fotografer Terengganu dan ianya menerima jumlah sukaan terbanyak di galeri Terengganu FC.
“Kalu dia pemain bola sedap ni. Orang nak tackle memang payah. Berlari atas angin.” Gurau salah seorang penyokong Terengganu FC.
Menurut pengamatan yang dilakukan, difahamkan pegawai ini dikenali sebagai Dr. Lee dan sudah lama bekerja bersama Terengganu FC dan beliau dikatakan amat bersemangat menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kelab.
Kejadian ini difahamkan berlaku selepas Kpah Sherman berjaya menjaringkan gol hasil hantaran Faisal Halim yang dirakam mengalami kecederaan selepas berjaya membantu melakukan assist penting.
Dr. Lee agak popular dalam kalangan penyokong yang menyifatkan dirinya sebagai komited semasa bertugas dan acap kali dirakam berlari laju untuk merawat sebarang kecederaan dialami pemain Terengganu.